NEWS@PADIMAS

5,400 aduan selesai melalui e-Public MPS -- Seremban, 2nd Dec 2008 (Utusan Malaysia)
Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) -- Shah Alam, 14th July 2007 (Internal News)
PBT Lancar e-Aduan Akhir Tahun -- Kuala Pilah, 7th May 2007 (Berita Harian)
SPANS Kumpul Aduan Rakyat -- Seremban, 5th April 2007 (Berita Harian)
MPS Terima Aduan 4.455 -- Seremban, 21st July 2007 (Harian Metro)
Rakyat Kemuka Masalah -- Rembau, 9th June 2006 (Berita Harian)
MPSJ Selesai Lebih 95% Aduan -- Subang Jaya, 18th February 2004 (Utusan Malaysia)
Bureau Ready to Tackle Complaints -- August 2002 (NSTP)
Wednesday Deadline to Report Complaints -- August 2002 (NSTP)
Getting Clearer View of Public's Perception of Civil Servcie -- August 2002 (NSTP)
Spot Checks on Local Govts -- Klang, 28th February 1999 (The Star)
DBKL Wujudkan Aduan Awam -- Kuala Lumpur, 14th April 1998 (Utusan Malaysia)


5,400 aduan selesai melalui e-Public MPS



SEREMBAN, 12 Disember 2008 - Sebanyak 5,400 daripada 6,378 aduan orang ramai berjaya diselesaikan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS) melalui Sistem Aduan Awam Berkomputer (e-Public) dalam tempoh Januari hingga November tahun ini.

Menurut Yang Dipertua MPS, Datuk Abd. Halim Abd. Latif, sistem yang diperkenalkan mulai 29 Disember 2004 itu bukan sahaja menunjukkan keberkesanan malah ia dilihat mendapat keyakinan daripada masyarakat bagi membolehkan masalah yang dihadapi diselesaikan dengan sebaiknya.

"Jika dilihat jumlah keseluruhan aduan orang awam yang menggunakan sistem e-Pulic ini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1,253 aduan berbanding tahun 2007 bagi tempoh masa yang sama.

"Peningkatan seperti ini jelas membuktikan sistem e-Pulic mampu menguruskan aduan secara sistematik serta bersepadu sekali gus memudahkan MPS melakukan tindakan susulan dan laporan dapat dijana dengan pantas," katanya di sini semalam.

Abd. Halim menambah, pelaksanaan e-Public secara online juga membolehkan pengurusan aduan diperkemaskan dan ditadbir dengan lebih efisien, pantas dan tepat berbanding sistem manual sebelum ini.

Tambah beliau, melalui sistem ini, MPS menerima maklum balas daripada orang ramai untuk digunakan sebagai proses penambahbaikan meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

"Kita berharap orang ramai akan terus mengambil peluang menggunakan sistem ini bagi membolehkan sebarang masalah, aduan dan cadangan kepada MPS bagi memastikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti dapat diberikan kepada mereka.

"Mereka juga boleh menyalurkan masalah, aduan, pertanyaan atau cadangan melalui laman web MPS www.mpsns.gov.my atau aduan@mpsns.gov.my atau http://epublic.mpsns.gov.my," katanya.