|
|
|
NEWS@PADIMAS
5,400 aduan selesai melalui e-Public MPS -- Seremban, 2nd Dec 2008 (Utusan Malaysia)
Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) -- Shah Alam, 14th July 2007 (Internal News)
PBT Lancar e-Aduan Akhir Tahun -- Kuala Pilah, 7th May 2007 (Berita Harian)
SPANS Kumpul Aduan Rakyat -- Seremban, 5th April 2007 (Berita Harian)
MPS Terima Aduan 4.455 -- Seremban, 21st July 2007 (Harian Metro)
Rakyat Kemuka Masalah -- Rembau, 9th June 2006 (Berita Harian)
MPSJ Selesai Lebih 95% Aduan -- Subang Jaya, 18th February 2004 (Utusan Malaysia)
Bureau Ready to Tackle Complaints -- August 2002 (NSTP)
Wednesday Deadline to Report Complaints -- August 2002 (NSTP)
Getting Clearer View of Public's Perception of Civil Servcie -- August 2002 (NSTP)
Spot Checks on Local Govts -- Klang, 28th February 1999 (The Star)
DBKL Wujudkan Aduan Awam -- Kuala Lumpur, 14th April 1998 (Utusan Malaysia)
| PBT Lancar e-Aduan Akhir Tahun |
 |
Oleh Hussain Said
KUALA PILAH: Menjelang hujung tahun ini, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan akan memperkenalkan sistem aduan awam atau e-aduan bagi memudahkan rakyat menyalurkan aduan, pandangan dan masalah dengan mudah serta pantas.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamaruddin Siaraf, berkata setakat ini hanya Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) yang memperkenalkan sistem e-aduan.
Beliau berkata, menerusi sistem e-aduan, rakyat boleh menyalurkan aduan, masalah dan pandangan dengan lima cara mudah iaitu melalui telefon, e-mel, faksimili, SMS dan laman web.
"E-aduan ialah sistem pengurusan aduan bersepadu yang boleh menguruskan aduan secara sistematik, sekali gus membolehkan tindakan susulan dan laporan dijana dengan mudah dan pantas.
"Ia dibangunkan berasaskan pendekatan terkini khusus membantu menyelesaikan masalah berkaitan pengumpulan, pemprosesan, pengedaran dan penyelesaian aduan secara elektronik tanpa kertas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan sistem e-aduan awam MDKP di Dewan Datuk Bahaman Shamsudin, di sini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Ismail Lasim; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Juasseh, Mohamad Razi Kail dan Yang Dipertua MDKP, Asis Ujang.
Kamaruddin yakin langkah memperkenalkan sistem e-aduan mampu menilai tahap keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan semua PBT kepada pelanggan.
Katanya, sistem itu juga memberi gambaran keprihatinan orang ramai terhadap sesuatu masalah atau isu di kawasan masing-masing.
"Semua aduan perlu ditangani agar kewibawaan dan imej kerajaan negeri dipandang tinggi oleh rakyat. Pengadu akan berpuas hati jika aduan mendapat layanan, tindakan dan diselesaikan dengan cekap dan cepat," katanya.
Kamaruddin turut mengingatkan pegawai dan kakitangan PBT supaya tidak melihat aduan sebagai masalah, tetapi menjadikannya pendekatan untuk mengenal pasti masalah rakyat.
|
|
|
|