NEWS@PADIMAS

5,400 aduan selesai melalui e-Public MPS -- Seremban, 2nd Dec 2008 (Utusan Malaysia)
Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) -- Shah Alam, 14th July 2007 (Internal News)
PBT Lancar e-Aduan Akhir Tahun -- Kuala Pilah, 7th May 2007 (Berita Harian)
SPANS Kumpul Aduan Rakyat -- Seremban, 5th April 2007 (Berita Harian)
MPS Terima Aduan 4.455 -- Seremban, 21st July 2007 (Harian Metro)
Rakyat Kemuka Masalah -- Rembau, 9th June 2006 (Berita Harian)
MPSJ Selesai Lebih 95% Aduan -- Subang Jaya, 18th February 2004 (Utusan Malaysia)
Bureau Ready to Tackle Complaints -- August 2002 (NSTP)
Wednesday Deadline to Report Complaints -- August 2002 (NSTP)
Getting Clearer View of Public's Perception of Civil Servcie -- August 2002 (NSTP)
Spot Checks on Local Govts -- Klang, 28th February 1999 (The Star)
DBKL Wujudkan Aduan Awam -- Kuala Lumpur, 14th April 1998 (Utusan Malaysia)


SISTEM TALIAN ADUAN RAKYAT SELANGOR

SHAH ALAM, 14 Julai -- Bhg. Korporat & ICT Selangor dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STARS) yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Bin Toyo pada hari ini.

Setiap organisasi yang sentiasa berurusan atau memberikan perkhidmatan kepada orang ramai akan menerima pelbagai jenis maklumbalas dalam bentuk aduan, cadangan, pujian, pertanyaan dan teguran. Maklumbalas ini biasanya di salurkan melalui secara bersemuka, telefon, SMS, email, internet dan media.

Oleh itu, keperluan mengadakan suatu aplikasi khusus bagi membolehkan pengurusan dan pengumpulan aduan dan maklumbalas secara sistematik amat penting. Inisiatif mengadakan aplikasi ini adalah bertujuan meningkatkan kemudahan, kebolehcapaian dan kualiti interaksi dengan orang awam bagi mencermin perkhidmatan mesra pelanggan.

Bagi mempertingkatkan kualiti interaksi, Portal STARS diperkenalkan. Portal STARS ini juga adalah gerbang utama kepada pengadu yang ingin menyampaikan aduan atau maklumbalas kepada mana-mana organisasi dan agensi kerajaan di Selangor.

Seterusnya aduan atau maklumbalas ini akan dikumpul dan disalurkan kepada organisasi yang melanggan melalui perkhidmatan Portal STARS. Pekhidmatan ini membolehkan orang awam menyampaikan aduan atau maklumbalas dengan mudah melalui portal yang khusus kepada organisasi yang terlibat. Portal ini seterusnya memudahkan orang ramai kerana hanya perlu mengingati satu portal pengaduan sahaja.