PRODUCT

iResponz Online adalah satu perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan operasi organisasi serta boleh membantu dalam aspek pengurusan, pemantauan dan penyelesaian aduan atau maklumbalas pelanggan secara elektronik dan tanpa kertas.

Ianya membolehkan aduan yang diterima daripada orang ramai di proses secara cepat, mudah dan efektif. Perkhidmatan iResponz Online memenuhi keperluan teknikal dan operasi sesebuah organisasi bagi mengendali dan menguruskan aduan serta maklumbalas. Oleh itu, perkhidmatan ini sedia untuk digunakan kerana ia mengandungi aplikasi yang sesuai dengan keperluan operasi organisasi yang melanggan.

Perkhidmatan ini disalurkan kepada organisasi yang melanggan iResponz Online bagi membolehkan organisasi berkenaan mengurus dan mengendalikan aduan serta lain-lain maklumbalas seperti cadangan dan pertanyaan melalui Internet. Ianya bertemakan web sepenuhnya dan mesra pengguna serta amat mudah di gunakan oleh kakitangan organisasi yang melanggan. Aduan dan maklumbalas juga boleh di buat 24 jam sehari dan 7 hari seminggu melalui perkhidmatan ini. Tindakan segera boleh diambil dengan mudah ke atas sebarang aduan atau maklumbalas tanpa batasan waktu dan sempadan. Kemudahan carian dan portal pelanggan membolehkan status aduan disemak dengan mudah melalui perkhidmatan ini. Oleh itu, perkhidmatan iResponz Online dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan yang berurusan dengan organisasi yang melanggan kerana mereka yakin bahawa aduan mereka akan diberikan perhatian yang sebaiknya.
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................

Kos pelaburan yang jauh lebih rendah jika menggunakan perkhimatan iResponz Online berbanding melaksanakan suatu sistem baru yang seumpamanya. Organisasi yang melanggan tidak perlu membayar lesen perisian, menaiktaraf komputer atau membeli perkakasan baru. Kemudahan sedia ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengurangkan kos pelaburan apabila menggunakan perkhidmatan ini. Ianya boleh dilanggan untuk tempoh minima satu tahun dan tempoh pembayaran yang fleksibel.

Seterusnya perlaksanaan perkhidmatan ini nanti boleh membantu pihak organisasi yang melanggan menyalurkan perkhidmatan dengan cepat, responsif, moden dan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat serta memantapkan lagi konsep Mesra Rakyat dan Mesra Pelanggan.